Khamis, 20 Disember 2012

Tongsan Rebah Akhirnya

Hari ni pagi2 lagi dalam pukul 9.00am muka aku dah ada dekat kolam joging dekat Subang Jaya. Sudah agak lama aku tak mancing dekat situ sibuk dengan kerja. Mood aku pagi ni lebih nak main casting je pakai rapala yang baru aku beli minggu lepas, mana taw ada 'luck' aku hari ni boleh naikkan ikan patin yang aku ushar selama ni tapi tak pernahnya aku dapat naikkan. Nasib aku baik hari ni dapat jugak aku layan ikan patin tengahari tadi besar giler tapi disebabkan aku pergi mancing sorang2 hari ni ikan yang terlalu besar tak dapat aku naikkan walaupun dah sampai ke tepi tebing. Cuma ada sorang mat bangla je masa tu yang tolong aku sedangkan ikan besar macam tu sekurang2nya mau2 4 orang baru leh naikkan. Beratnya adalah dalam 60kg juga rasanya, tapi tu la sayang bukan rezeki aku nampaknya last2 ikan tu meronta2 terlepas dari pegangan sebab licin dia lari je ketengah belum sempat aku bukak drak terputus tali pancing aku. Sedih juga tak dapat naikkan tapi dah bukan rezeki aku tewaskan ikan patin hari ni. Lebih kurang dalam 1/2jam kemudian joran aku kena sambar lagi tapi kali ni aku just pakai umpan cacing, aku ingatkan ikan patin tadi yang sambar rupanya ikan tongsan. Aku tak nak jadi cam tadi ikan patin 2 aku layan2 agak besar juga tapi tak sebesar ikan patin tadi. Akhirnya penantian aku berakhir dapat jugak aku naikkan ikan tongsan 2 lepas adalah dalam 15minit aku 'layan' ikan 2 baru dia slow & dapat aku naikkan itu pun aku minta tolong sorang bangla & sorang mamat yg mancing juga kat situ naikkan ikan tongsan dari tebing kolam. Besar juga adalah dalam 40kg ikan 2 sama panjang ikan tu dengan ketinggian aku. Seronok giler aku hari ni akhirnya impian isteri aku nak tengok aku naikkan ikan besar tercapai. Dekat bawah ni aku sajikan korang gambar ikan tongsan yang aku dapat petang tadi.



Penuh darah  kat tangan aku kena insang ikan ni bila aku nak cabut rapala dari mulutnya.!

Ahad, 25 November 2012

Gelama Pulau Indah

Petang ahad yang lepas aku pergi memancing dekat Pulau Indah Port Klang. Selama ni setiap kali aku pergi situ hari berkerja dan tentulah malam sebab balik dari kerja. Selalu ikan2 kat situ cuma makan2 umpan aku dan blah, aku sembat pun mesti terlepas. Tapi hari tu aku pergi siang dalm kul 6pm aku sampai, ramai jugak orang masa tu tapi ada la tempat untuk aku menyelit baling 2 batang joran aku 9kaki. Mula2 pun ikan2 kat situ main makan dan blah walaupun aku rembat tapi mesti terlepas. Hari tu aku pakai umpan udang kopek je cikit je aku bawa sebab aku ingat tak nak lah mancing lama2 sangat sian dekat isteri aku yang penat besoknya nak berkerja. Tinggal seekor je umpan udang aku ni kalau dapat ikan rezeki aku lah kalau tak dapat pun mungkin lain kali mungkin dapat. Balingan terakhir aku akhirnya membuahkan hasil bila ikan makan umpan aku tu, mesin aku dah bunyi2 tapi tak kuat mana lah kemungkinan besar gak ikan yang dapat ni aku bajet ikan duri je la rupanya tak disangka aku dapat ikan gelama pisang. Wah ! seronok aku yela first time aku dapat naikkan gelama pisang ni sebelum ni gelama biasa je. Alhamdulillah rezeki aku hari ni sebelum balik, disebabkan cuma seekor je aku dapat aku bagi dekat pasangan sebelah aku yang memancing hari tu. Lain kali Insyaallah aku pergi lagi dan harap ikan2 kat situ tak lah sombong makan ikan aku. Dekat bawah ni aku letak gambar ikan dan aku malam tu. hehehe


Tersenyum gembira aku dapat naikkan ikan gelama pisang malam tu !


Tersinar2 sisik ikan ni bila kena cahaya kamera aku !

Sabtu, 10 November 2012

Ikan Raja

Hari ini lepas je aku ambik isteri aku balik dari kerja,  kita orang pergi mancing dekat kolam area Subang Jaya. Dengan berbekalkan umpan anak ikan talapia dan ikan keli 3buah joran aku pertaruhkan. Target aku hari ni ikan toman yang menjadi buruan dengan umpan anak ikan keli. Isteri aku pula target ikan raja dengan umpan anak ikan talapia. Kebetulan petang aku mancing tu paginya hujan so air kolam pun melimpah ler, sedikit keruh. Joran isteri aku disambar dengan excited dia tarik gulung tali joran dia, besar gak ikan raja yg dia dapat seronok bukan main. Tapi nasib kitorang hari tu cuma dapat ikan raja 3ekor, ikan toman sekit pun tak pandang umpan anak keli yang aku bagi.



Ikan raja bersaiz sederhana antara ketiga-tiga ekor yang kami dapat petang tu.


Ikan raja pertama yang kecundang ditangan isteri aku..hehehe



Ikan  ketiga yang berjaya kami naikkan.

Jumaat, 21 September 2012

Kolam

Dalam pukul 8.30am aku dah ada dekat kolam ni tuk memancing ikan,  hari ni mood aku nak memancing Ikan Tilapia je. Ibu mertua aku teringin katanya nak makan jadi dari beli baik aku pergi memancing sekejap dekat kolam ni. Tak perlu bayar tak perlu modal umpan pun, aku pakai umpan 'lumut' je tu pun aku belajar dari uncle yang memancing dekat situ gak. Mula-mula dia kedekut juga nak bagi tahu rahsia dia, yela setiap kali aku nampak uncle tu memancing mesti dapat ikan Tilapia 2 boleh tahan juga besarnya. Aku perhatikan je mana dia ambil lumut 2 rupanya area dekat kolam tu juga, lepas aku tahu apa lagi aku pun try buat. Aku mula dengan memancing area tepi je dulu, kecil je ikan-ikan Tilapia kat tepi 2 tapi ok juga la kalau nak buat lauk pun sedap.


Hahaha kecil je ikan ni tapi suka je isteri aku dapat ikan 2.. Walaupun kecil tapi katanya rezeki seronok dapat memancing ni.

Isnin, 9 April 2012

Port Klang Tanjung Harapan

Sejak kebelakang ni aku suka memancing dekat pantai Tanjung Harapan pada waktu malam. Keadaan yang tenang lagi nyaman membuatkan aku rasa selesa memancing ikan dekat situ. Pada setiap malam minggu je pasti muka aku dengan isteri aku akan ada dekat situ dari malam sampai ke pagi. Mula-mula aku memancing dekat situ dulu aku sorang je yang aku tengok memancing sampai ke pagi tapi lepas tiga empat minggu ramai pula yang memancing sampai ke pagi ada kalanya sampai ke tengahari ke esokkan harinya pun pernah juga. Bersiap sedia membaling joran, dimulakan dengan bismillahirahmannirahim...



Ikan duri yang aku dapat pagi 2 setelah 5jam memancing dekat situ !