Ahad, 25 November 2012

Gelama Pulau Indah

Petang ahad yang lepas aku pergi memancing dekat Pulau Indah Port Klang. Selama ni setiap kali aku pergi situ hari berkerja dan tentulah malam sebab balik dari kerja. Selalu ikan2 kat situ cuma makan2 umpan aku dan blah, aku sembat pun mesti terlepas. Tapi hari tu aku pergi siang dalm kul 6pm aku sampai, ramai jugak orang masa tu tapi ada la tempat untuk aku menyelit baling 2 batang joran aku 9kaki. Mula2 pun ikan2 kat situ main makan dan blah walaupun aku rembat tapi mesti terlepas. Hari tu aku pakai umpan udang kopek je cikit je aku bawa sebab aku ingat tak nak lah mancing lama2 sangat sian dekat isteri aku yang penat besoknya nak berkerja. Tinggal seekor je umpan udang aku ni kalau dapat ikan rezeki aku lah kalau tak dapat pun mungkin lain kali mungkin dapat. Balingan terakhir aku akhirnya membuahkan hasil bila ikan makan umpan aku tu, mesin aku dah bunyi2 tapi tak kuat mana lah kemungkinan besar gak ikan yang dapat ni aku bajet ikan duri je la rupanya tak disangka aku dapat ikan gelama pisang. Wah ! seronok aku yela first time aku dapat naikkan gelama pisang ni sebelum ni gelama biasa je. Alhamdulillah rezeki aku hari ni sebelum balik, disebabkan cuma seekor je aku dapat aku bagi dekat pasangan sebelah aku yang memancing hari tu. Lain kali Insyaallah aku pergi lagi dan harap ikan2 kat situ tak lah sombong makan ikan aku. Dekat bawah ni aku letak gambar ikan dan aku malam tu. hehehe


Tersenyum gembira aku dapat naikkan ikan gelama pisang malam tu !


Tersinar2 sisik ikan ni bila kena cahaya kamera aku !

Sabtu, 10 November 2012

Ikan Raja

Hari ini lepas je aku ambik isteri aku balik dari kerja,  kita orang pergi mancing dekat kolam area Subang Jaya. Dengan berbekalkan umpan anak ikan talapia dan ikan keli 3buah joran aku pertaruhkan. Target aku hari ni ikan toman yang menjadi buruan dengan umpan anak ikan keli. Isteri aku pula target ikan raja dengan umpan anak ikan talapia. Kebetulan petang aku mancing tu paginya hujan so air kolam pun melimpah ler, sedikit keruh. Joran isteri aku disambar dengan excited dia tarik gulung tali joran dia, besar gak ikan raja yg dia dapat seronok bukan main. Tapi nasib kitorang hari tu cuma dapat ikan raja 3ekor, ikan toman sekit pun tak pandang umpan anak keli yang aku bagi.



Ikan raja bersaiz sederhana antara ketiga-tiga ekor yang kami dapat petang tu.


Ikan raja pertama yang kecundang ditangan isteri aku..hehehe



Ikan  ketiga yang berjaya kami naikkan.

Jumaat, 21 September 2012

Kolam

Dalam pukul 8.30am aku dah ada dekat kolam ni tuk memancing ikan,  hari ni mood aku nak memancing Ikan Tilapia je. Ibu mertua aku teringin katanya nak makan jadi dari beli baik aku pergi memancing sekejap dekat kolam ni. Tak perlu bayar tak perlu modal umpan pun, aku pakai umpan 'lumut' je tu pun aku belajar dari uncle yang memancing dekat situ gak. Mula-mula dia kedekut juga nak bagi tahu rahsia dia, yela setiap kali aku nampak uncle tu memancing mesti dapat ikan Tilapia 2 boleh tahan juga besarnya. Aku perhatikan je mana dia ambil lumut 2 rupanya area dekat kolam tu juga, lepas aku tahu apa lagi aku pun try buat. Aku mula dengan memancing area tepi je dulu, kecil je ikan-ikan Tilapia kat tepi 2 tapi ok juga la kalau nak buat lauk pun sedap.


Hahaha kecil je ikan ni tapi suka je isteri aku dapat ikan 2.. Walaupun kecil tapi katanya rezeki seronok dapat memancing ni.

Isnin, 9 April 2012

Port Klang Tanjung Harapan

Sejak kebelakang ni aku suka memancing dekat pantai Tanjung Harapan pada waktu malam. Keadaan yang tenang lagi nyaman membuatkan aku rasa selesa memancing ikan dekat situ. Pada setiap malam minggu je pasti muka aku dengan isteri aku akan ada dekat situ dari malam sampai ke pagi. Mula-mula aku memancing dekat situ dulu aku sorang je yang aku tengok memancing sampai ke pagi tapi lepas tiga empat minggu ramai pula yang memancing sampai ke pagi ada kalanya sampai ke tengahari ke esokkan harinya pun pernah juga. Bersiap sedia membaling joran, dimulakan dengan bismillahirahmannirahim...



Ikan duri yang aku dapat pagi 2 setelah 5jam memancing dekat situ !